Maklumat Syarikat

  • Nama Syarikat : USIM TIJARAH HOLDINGS SDN BHD
  • Alamat : PK A-1 06, 07 & 08 Level 1, Commercial Center, Universiti Sains Islam Malaysia, 71800 Bandar Baru Nilai
    Nilai, Negeri Sembilan.
  • No Telefon : 06 – 7986461
  • E-Mail : [email protected]
  • No Pendaftaran : 850158-P
  • Jenis Perniagaan : SENDIRIAN BERHAD

Latar Belakang Syarikat

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd (UTHSB) ditubuhkan pada 17 Mac 2009. USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd juga adalah Commercial Arm USIM yang menghubungkan Universiti dengan komuniti perniagaan dan korporat dan juga membantu USIM menjana pendapatan agar dapat mengurangkan kepergantungan kepada Geran kerajaan sesuai dengan konsep pengkorporatan Universiti. USIM Tijarah juga adalah satu anak syarikat kepada Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Objektif Syarikat

  1. Menjana melalui kebitaraan universiti
  2. Menjalankan perniagaan dan aktiviti sebagai penasihat yang berkaitan dengan pentadbiran, organisasi industri, perniagaan, latihan kakitangan adalah untuk meningkatkan pembangunan dan semua jenis perniagaan yang dilaksanakan oleh syarikat.
  3. Mengkomersilkan hasil R & D Universiti dan menyediakan kemudahan perkhidmatan, latihan jangka pendek dan jangka panjang serta pembelajaran sepanjang hayat dan perundingan.
  4. Memaksimumkan keuntungan syarikat serta daat meningkatkan jumlah bayaran dividen kepada USIM.