Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam)

PILIHAN LOKASI PENGAJIAN

Universiti Sains Islam Malaysia (Kampus Induk)

Bandar Baru Nilai, 71800, Nilai, Negeri Sembilan, Malaysia

usim1

PERINCIAN

Tarikh Tutup Permohonan: 29 Januari 2021

Pengambilan : 202 Mac 2020/2021

Kod Program : P201

Bahasa pengantara : Bahasa Melayu

Tempoh Pembelajaran : Sepenuh Masa (2 Semester)

LATAR BELAKANG

  • Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI adalah kursus dua semester yang meliputi amali praktikal.
  • Menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.
  • Membentuk guru yang berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketrampilan dalam pembelajaran dan pengajaran.
  • Melatih guru dalam bidang Pendidikan Islam yang dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang syumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara.
  • Memupuk personaliti guru yang unggul, berketrampilan, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada perubahan minda masyarakat dalam memahami konsep Islam yang sifatnya progresif dan semasa.
  • Program ini ditawarkan secara pasaran terbuka (open market).
  • Akreditasi Diploma Pascsiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) : MQA/FA5610

SYARAT

  • Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid;
  • Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti;
  • Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon;
  • Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;
  • Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;
  • Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.
  • Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk program pengajian ini.
  • Calon hendaklah menyemak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

PELUANG KERJAYA

  • Guru-guru Interim Dini yang sedang bertugas atau Graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan  boleh memohon untuk berkhidmat dengan Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia dan agensi-agensi pendidikan yang lain seperti MARA, Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Swasta, Sekolah Agama Swasta dan lain-lain
  • Tidak menjanjikan penempatan
  • Pengajian ini ditawarkan secara open-market

PROSES PENGAMBILAN & PENGAJIAN DPPPI

YURAN PENGAJIAN