Program Pemerkasaan Usahawan Mikro B40 “Homebased” Dan “Street Food” Melalui Latihan Dan Pemantauan Bersemuka Dan Atas Talian

USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd akan melaksanakan program seperti di atas untuk 200 orang usahawan industri makanan dari negeri Selangor dan Negeri Sembilan selama 18 bulan. Ianya terbahagi kepada 3 fasa. Fasa 1 , seramai 200 usahawan akan diberikan latihan secara atas talian selama 6 bulan. Selepas tamat fasa 1, akan diadakan sesi saringan untuk mendapatkan 100 orang yang layak untuk meneruskan latihan ke fasa ke-2. Fasa ke-2 ialah latihan intensif selama 6 bulan dan fasa ke-3 pula adalah merupakan fasa pemantauan dan “mentoring” selama 12 bulan secara atas talian dan bersemuka.

Penyertaan terbuka kepada mereka yang benar-benar berminat dan boleh memberikan komitmen di sepanjang perjalanan program. Program akan dijalankan secara atas talian dan juga secara bersemuka. Ini adalah program yang inklusif melibatkan penyertaan dari semua golongan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan keupayaan fizikal.

OBJEKTIF PROGRAM

  • Memberi pendedahan asas dan lanjutan terhadap bidang keusahawanan
  • Memberi pendedahan terhadap aplikasi pengetahuan dan kemahiran dalam industri makanan
  • Memberi pendedahan kepada dokumentasi dan sistem pemantauan perniagaan usahawan

KPI PROGRAM

  • Peningkatan jualan terhadap 80% peserta (80 orang)
  • Pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 70% peserta (70 orang)
  • Sekurang-kurangnya 80% telah mendapat sijil pengendalian makanan dari Kementerian Kesihatan

MANFAAT KEPADA PESERTA

  • Mendapat ilmu fundamental dan lanjutan mengenai perniagaan dan industri makanan
  • Mendapat pengalaman “hands-on” dan teknikal dalam industri berkaitan
  • Mendapat bimbingan mentor secara berkumpulan dan berstruktur (200 orang) selama 6 bulan /(100 orang) selama 12 bulan melalui bersemuka dan secara atas talian menggunakan sistem atas talian yang akan dibangunkan
  • Mengubah seterusnya memajukan kehidupan mereka

SYARAT

  • Usahawan B40
  • Lokasi Selangor dan Negeri Sembilan sahaja
  • Usahawan Mikro
  • Telah memulakan perniagaan makanan “homebased” atau “street food”
  • Mengambil Pre-test (link akan diberikan setelah borang ini selesai disemak oleh pihak urusetia)
  • Keutamaan akan diberikan kepada mereka yang belum memiliki pendaftaran SSM, pendaftaran PBT dan tidak memiliki sijil pengendalian makanan.
  • Terbuka hanya kepada warganegara Malaysia

MUAT TURUN INFO KIT PROGRAM

VIDEO PENERANGAN

AKTIVITI DAN MATLAMAT PROGRAM

OBJEKTIF 1

MEMBERI PENDEDAHAN ASAS DAN LANJUTAN TERHADAP BIDANG KEUSAHAWANAN

Antara kemahiran dan aspek dalaman yang diperlukan oleh seorang usahawan seperti asas kewangan peribadi dan perniagaan, kefahaman mengenai etika perniagaan, pengenalan terhadap lanskap keusahawanan, pendedahan terhadap pemasaran digital, peningkatan jatidiri dan motivasi usahawan serta kawalan emosi dan stress adalah antara beberapa faktor yang telah dikenalpasti dan ingin diterapkan ke dalam diri peserta program ini

Aktiviti 1

  • Pengukuhan asas kewangan peribadi dan perniagaan

Output 1

  • Peserta mendapat kemahiran asas membuat bajet peribadi dan keluarga
  • Peserta mendapat kefahaman mengenai cara menjemput rezeki. Di dalam aktiviti ini diselitkan konsep asas rezeki dan keusahawanan merentasi agama, kaum dan budaya.
  • Peserta mendapat kemahiran asas mengira hutang-hutang sedia ada dan merancang kewangan dimasa hadapan

Aktiviti 2

  • Meningkatkan kefahaman mengenai etika perniagaan

Output 2

  • Kelas secara atas talian melalui Video “Etika Perniagaan”
  • Peserta akan diberikan pendedahan dengan situasi-situasi berbeza yang melibatkan etika harian ketika berniaga
  • Kelas secara atas talian melalui Video “Skim Cepat Kaya, Macau Scam, Online Scam”

Aktiviti 3

  • Pendedahan dan pengenalan terhadap landskap keusahawanan

Output 3

  • Mendedahkan Peserta Kepada Penggunaan Business Model Canvas (Bmc) Sebelum Memulakan Perniagaan
  • Peserta mampu membuat carta struktur organisasi perniagaan mereka dan mengira kos pentadbiran perniagaan
  • Peserta boleh menerangkan peniagaan mereka melalui konsep 4Ps (Produk/Product, Harga/Price, Lokasi/Place dan Promosi/Promotion)
  • Peserta mampu membuat carta aliran produk dan susunatur premis
  • Peserta mampu membuat carta aliran tunai harian dan mingguan

Aktiviti 4

  • Pendedahan terhadap pemasaran digital

Output 4

  • Peserta mampu membuat akaun penjual di dalam Shopee dan memuatnaik produk di dalam platform e-dagang
  • Peserta mampu membina halaman Facebook for Business untuk perniagaan mereka
  • Peserta mampu membuat carian produk untuk dijual
  • Peserta mampu membuat akaun penjual di dalam Lazada dan memuatnaik produk di dalam platform e-dagang
  • Peserta mampu menjual melalui akaun Whatsapp Business mereka sendiri
  • Peserta mampu menjual melalui akaun Instagram mereka sendiri

Aktiviti 5

  • Peningkatan jati diri dan motivasi usahawan

Output 5

  • Memberikan keyakinan kepada usahawan bahawa mereka tidak berseorangan dalam membuat perniagaan
  • Peserta dapat mempelajari teknik kejayaan dari usahawan yang berada dalam industri yang sama

Aktiviti 6

  • Kawalan emosi dan stress

Output 6

  • Peserta dapat mempelajari Teknik menguruskan emosi dan stress mereka semasa menjadi usahawan

OBJEKTIF 2

MEMBERI PENDEDAHAN TERHADAP APLIKASI PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN DALAM INDUSTRI MAKANAN

Kemahiran asas di dalam industri makanan adalah amat perlu bagi setiap usahawan yang ingin menceburkan diri dalam industri makanan. Peserta mempelajari aspek pengendalian makanan dari segi keselamatan dan lain-lain.

Aktiviti 1

  • Kelas “Asas Pengendalian Makanan” dan “Persijilan Pengendalian Makanan”

Output 1

  • Peserta akan didedahkan dengan asas pengendalian makanan
  • Peserta akan menyertai kursus untuk mendapatkan sijil yang diiktiraf dalam mengendalikan perniagaan makanan

Aktiviti 2

  • Kelas “Pengenalan terhadap perkhidmatan runner seperti Grab Food, Panda, BungkusIt dan lain lain” dan “Pengenalan terhadap sistem Ejen dan Dropship Makanan”

Output 2

  • Peserta akan didedahkan mengenai cara untuk mendaftar dengan syarikat penghantaran makanan
  • Peserta akan didedahkan dengan cara-cara untuk mengendalikan ejen dan dropshipper

Aktiviti 3

  • Kelas “Pembangunan Produk Makanan”

Output 3

  • Peserta akan mendapat pendedahan bagaimana untuk mnghasilkan produk makanan baharu

Aktiviti 4

  • Kelas “Penjenamaan Produk Makanan”

Output 4

  • Peserta akan mendapat pendedahan bagaimana untuk menjenamakan produk makanan mereka

Aktiviti 5

  • Kelas ” Pengenalan Terhadap Halal” dan “Asas Pensijilan Halal”

Output 5

  • Peserta akan mendapat pendedahan menganai industri Halal dan potensinya kepada perniagaan. Peserta didedahkan kepada teori dan konsep Halal dari segi Syariah. Pematuhan perniagaan kepada peraturan Syariah akan dijelaskan di dalam topik ini.
  • Peserta akan didedahkan mengenai kepentingan pensijilan Halal JAKIM dan proses mendapatkan persijilan Halal dari JAKIM. Peserta akan didedahkan mengenai peraturan JAKIM yang perlu dipatuhi, dokumen-dokumen yang terlibat dan persediaan yang diperlukan dalam permohonan Halal dan pembaharuan sijil Halal

Aktiviti 6

  • Kelas “Asas Pembungkusan Makanan”

Output 6

  • Peserta akan mendapat pendedahan mengenai industri ilmu mengenai cara-cara yang betul dan selamat untuk membungkus makanan

OBJEKTIF 3

MEMBERI PENDEDAHAN KEPADA DOKUMENTASI DAN PEMANTAUAN USAHAWAN

Ramai usahawan memulakan perniagaan tanpa mengetahui aspek perundangan yang perlu mereka penuhi sebelum dan semasa mereka menjadi usahawan. Objektif ini mempastikan mereka berada di landasan yang betul dari aspek perundangan. Selain itu, usahawan juga ditekankan aspek pemantauan dan pematuhan perniagaan.

Aktiviti 1

  • Kelas “Pendaftaran Perniagaan Bersama Suruhanjaya Syarikat Malaysia” dan “Pengenalan terhadap percukaian”

Output 1

  • Peserta dapat memahami kepentingan mendaftar perniagaan secara sah
  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan untuk membayar cukai

Aktiviti 2

  • Kelas “Pengenalan terhadap perisian perakaunan”

Output 2

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kewajiban penjaga buku dan lejar perakaunan perniagaan

Aktiviti 3

  • Kelas “Pendaftaran Perniagaan Bersama Majlis Kerajaan Tempatan” dan “Pengenalan terhadap agensi kerajaan yang terlibat dalam keusahawanan”

Output 3

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan berdaftar dengan majlis perbandaran
  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai
    peranan dan fungsi agensi-agensi kerajaan dalam pembangunan usahawan di Malaysia

Aktiviti 4

  • Kelas ” Pengenalan terhadap sistem pemantauan usahawan”

Output 4

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai pemantauan dan pematuhan yang mereka perlu jalani di sepanjang proses pemantauan selama 6 bulan

Aktiviti 5

  • Kelas “Pengenalan terhadap Geran dan Pinjaman Pembangunan Perniagaan di Malaysia”

Output 5

  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai geran dan pinjaman yang ada untuk mengembangkan perniagaan mereka

PELAN PELAKSANAAN

LINK PENDAFTARAN

Layari link atau klik pada butang daftar di bawah :

MAKLUMAT LANJUT

UTHSB
Email: inovasi@tijarahholdings.com
Phone: +606-798 6461
USIM Tijarah Holdings Sdn Bhd
Commercial Center
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
Bandar Baru Nilai
71800 Nilai, Negeri Sembilan