Jabatan Pendidikan

Pengurus : Mohd Hafidzullah bin Mohammad Jamil

Eksekutif : Mohd Idham Khalil bin Mohamed Khamil

Pembantu Pentadbiran : Nurul Nadia bt Ishak

Pembantu Pentadbiran : Siti Mariana bt Mohammad

 

Terbagai kepada 4 bahagian utama iaitu

  • Bahagian Pendidikan
  • Bahagian Perundingan
  • Bahagian Latihan
  • Bahagian Penasihat

 

Bahagian Pendidikan

  1. Diploma Pascasiswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI.
    1. Kumpulan pertama kemasukan pada Oktober 2018 seramai 51 orang.
    2. Kumpulan kedua kemasukan Februari 2019 seramai 47 orang.
    3. Kumpulan ketiga kemasukan September 2019.

Maklumat berkaitan DPPPI

Diploma Pasca Siswazah  (Pendidikan Islam)

Nama Program : DIPLOMA PASCA SISWAZAH PENDIDIKAN ISLAM     UNIVERSITI SAINS MALAYSIA (USIM)

Pengenalan Program :  Diploma Pasca Siswazah Pendidikan (Pendidikan Islam) DPPPI adalah kursus dua semester yang meliputi amali praktikal.

Menyediakan platform formal bagi para siswazah untuk memperlengkapkan diri dengan kemahiran ikhtisas yang melayakkan mereka untuk menjadi guru yang diiktiraf.

Membentuk guru yang  berkemahiran dalam ilmu akademik dan pedagogi dalam disiplin Pendidikan Islam yang bestari dan berketrampilan dalam pembelajaran dan pengajaran.

Melatih guru dalam bidang Pendidikan Islam yang dilengkapkan dengan kemahiran-kemahiran khusus yang sangat diperlukan bagi membentuk pelajar yang syumul dan sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta membina masyarakat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam dalam meneruskan kelangsungan pembangunan negara.

Memupuk personaliti guru yang unggul, berketrampilan, berdaya saing dan menjadi penggerak kepada perubahan minda masyarakat dalam memahami konsep Islam yang sifatnya progresif dan semasa.

Program ini ditawarkan secara pasaran terbuka (open market).

 

Syarat Kelayakan Memohon :

SYARAT AM UNIVERSITI

Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dari IPTA tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang – sekurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid;

atau

Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Senat universiti;

atau

Pelajar semester akhir pengajian Ijazah Sarjana Muda di IPTA yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia juga boleh memohon;

dan

Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/Setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia atau kepujian Bahasa Melayu/Bahasa Malaysia Kertas Julai;

dan

Lulus mata pelajaran Matematik/Matematik Tambahan di peringkat SPM atau Matematik kertas Julai;         

dan

Lulus Ujian Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI) dan temu duga yang ditetapkan.

SYARAT KHAS PROGRAM

Lulus Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian dalam bidang Pengajian Islam atau yang berkaitan dari mana-mana IPTA Tempatan atau yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan PNGK sekurang-kurangnya 2.75 atau pangkat Jayyid;

dan

Mendapat kepujian sekurang-kurangnya dalam mata pelajaran Bahasa Arab Tinggi/Bahasa Arab Komunikasi dan mana-mana DUA (2) daripada mata pelajaran berikut di peringkat SPM;

  1. Pendidikan Islam
  2. Tassawur Islam

iii. Pendidikan Syariah Islamiyyah

  1. Pendidikan al-Quran dan as-Sunnah;

dan

Mendapat sekurang-kurangnya kepujian dalam satu mata pelajaran lain di peringkat SPM;        

dan

Sekurang-kurangnya lulus Bahasa Inggeris di peringkat SPM.

SYARAT TAMBAHAN

Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap penyakit mental atau fizikal dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk program pengajian ini.

Calon hendaklah menyemak laman web http://www.jpa.gov.my untuk memastikan Ijazah yang dimiliki mempunyai pengiktirafan JPA.

Kemasukan akan datang :   September 2019

Yuran Pengajian Keseluruhan :   RM 10,000.00

Prospek :  Guru-guru GSTT yang sedang bertugas atau Graduan Diploma Pascasiswazah Pendidikan  boleh memohon untuk berkhidmat dengan Sekolah-sekolah di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia

atau

dengan agensi-agensi pendidikan yang lain seperti MARA, Politeknik, Kolej Komuniti, Sekolah Swasta, Sekolah Agama Swasta dan lain-lain.

Sebarang Pertanyaan Boleh Menghubungi :

  • Mohd Hafidzullah Mohammad Jamil – Pentadbiran
    • Telefon  : 06-7986307
    • Emel : [email protected]
    • Instagram : jabatan pendidikan_uthsb
    • Facebook : Jabatan pendidikan Uthsb
  • Dr. Haliza bt Harun – Penyelaras Program
  • Dr. Siti Rosilawati bt Ramlan – Ketua Program

**Pemohon diminta mengisi maklumat pemohon di link yang diberikan :

https://ipps.usim.edu.my/

  1. Sijil Pendidikan Kesusasteraan Inggeris.
    1. Kumpulan pertama kemasukan Januari 2020
  1. Kursus Peralihan bersama PERHEBAT.
    1. Pemasangan, servis, troubleshooting dan pembaikpulih penghawa dingin.
    2. Building wiring installation.
    3. Welding (smaw & flux/core).
    4. Perhotelan (Kuala Lumpur International Hotel).
    5. Kursus Hardware, Software & IT (Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai).