Message From GCEO

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

UTHSB telah ditubuhkan dengan mengambilkira kebitaraan sumber dalaman universiti. Selain itu, kami berusaha memberikan pendedahan kepada pasaran luar yang pada akhirnya dapat memberikan sumbangan kepada pihak yang berkepentingan. Dengan mengamalkan dasar keutuhan integriti, saya percaya kami dapat mencapai segala matlamat yang telah kami unjurkan merangkumi pelan jangkamasa pendek dan juga pelan jangkamasa panjang.

Membawa syarikat ini ke mercu kegemilangan adalah merupakan amanah yang saya pikul berserta sokongan dari kakitangan yang senantiasa ingin memberikan yang terbaik. Saya berharap kepercayaan yang telah diberikan oleh pihak universiti dan juga pelanggan kami dapat dijadikan sebagai dorongan untuk syarikat ini terus maju pada masa akan datang. Untuk jangkamasa sederhana ini, UTHSB akan memperkenalkan kebitaraan pihak universiti melalui perniagaan-perniagaan yang berasaskan kandungan kreatif, latihan modal insan, program akademik, pengurusan harta, perkhidmatan kesihatan dan pergigian pakar, konsultasi dan lain-lain jenis perniagaan yang selaras dengan matlamat universiti.

Akhir sekali, saya berdoa agar segala harapan, impian serta usaha kami mendapat rahmat dan perlindungan dari Allah.

Dari meja,

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan